
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua yang selalu mengikuti perkembangan berkaitan dengan blog saya ,disini sekali lagi saya mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang akan tiba tidak lama lagi,semperna bulan baik ni iaitu bualan puasa sama-samalah kita meningkatkan ketakwaan kepada ilahi semoga ditambah keimanan serta rezeki yang melimpah ruah untuk kita semua,akhir sekali saya memohon ampun dan maaf kepada sesiapa jua yang mengenali saya.









Setelah selesai semua sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman En Zuber bin Saad untuk semua peserta yang mengambil bahagian dan bagi yang tidak berjaya janganlah berkecil hati kita jumpa lagi di tahun hadapan .




















Peserta sedang berebut untuk mengambil tali didalam pertandingan tarik tali
Kanak-kanak sedang melukis semperna dengan Karnival NGOs di PPKK Alor Setar.








Peserta menyiapkan gubahan buahan untuk mengambil bahagian didalam pertandingan yang diadakan sempena Karnival NGOs di PPKK Alor Setar.










Puan Mariani menyampaikan
Puisi Sempena Dengan Karnival Tersebut.
"BARA DIDADA,SINAR DIHATI"










Diantara aktiviti lain yang dijalankan sempena dengan Karnival tersebut ialah acara Tarik Tali bagi Lelaki dan Wanita,Isi air dalam botol serta mewarna,bagi ketegori kanak-kanak,Lari atas tempurung ketegori wanita,serta pertandingan gubahan buahan tempatan.









Antara aktiviti yang dijalankan adalah saperti Ceramah Kesihatan berkaitan dengan Pemakanan Secara sihat disampaikan oleh Puan Rohida Pegawai Zat Makanan dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ,Stres disampaikan Oleh Penyelia Jururawat Puan Mariani dari PPKK Negeri Kedah,serta merokok disampaikan oleh saya sendiri En Hasim Man dari JKN Kedah,Penyampaian hadiah serta perasmian dan penutupan dilakukan oleh KPP Pendidikan Kesihatan JKn Kedah En Zuber bin Saad. Sebelum itu pada sebelah awal pagi sesi senam robik yang dikendaikan oleh saya sendiri dengan begitu semangat sekali semua peserta yang sering menggunakan kemudahan PPKK turut sama-sama menyertai didalam semua program yang di jalankan disini.








Karnival ini di adakan untuk pendedahan kepada semua NGOs di sekitar AlorSetar,serta menerangkan keperbagaian kegunaan Pusat PPKK ini tujuan mendedahkan maklumat berkaitan dengan gaya hidup sihat yang diwawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terutama didalam perubahan tingkahlaku sesaorang individu tersebut berkaitan dengan merubah gaya hidup yang lebih sihat.
Kanak-kanak Remaja Dewasa,
Pasti ada masalah menimpa,
penderaan,penganiayaan,pencabulan,
Ketagih heroin,morphin dan ganja,
Termenung dan murung sentiasa,
Salah siapa?
Salah ibu yang mengandung?..
Kepuasan hati,
Diantara bos dan pekerja,
Suami dan isteri,
Kekasih dan tunang sendiri,
Anak dan ibubapa,
Kerana hipokrit,fitnah menfitnah kerana ada
agenda disebaliknya....
Jika masih ada ulat-ulat yang bersarang dikepala,
Pasti membawa kita kelubuk derita,
sarang puaka.....
Mengadu domba sebab gila kuasa,
Terus menganianya yang tidak berdosa....
Pemimpin tidak adil,
Membuat keputusan tergesa-gesa,
Hati tidak telus ketara,
Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah Azawajalla...
Mendengar mengadu domba kerana gila kuasa,
Siapakah nanti yang akan sengsara di ukhrawi ?
Suami main kayu tiga,
Isteri curang di belakang mata,
Kawan manis dibibir berkata-kata,
Dihati ada racun berbisa......
Gila pangkat,
Syaitan bertopeng manusia!!!!!
Kiranya ada antara kita,
Kecewa diatas dugaan menimpa,
Ingatlah,Allah Yang Maha Esa,
Penindasan Ego dan tamak tidak
selamanya bahagia......
Iklas berbicara,berbudi bahasa,
Bersaing secara sihat amat bermafaat,
Jika kasih sesama Bangsa,Nusa dan Negara!
Aku masih dan pasti ingat pesan papa,
Jika kita ini "Permata",
Dilontar kemana-mana,sinar pasti bercahaya,
Biarlah bara didada menjadi sinar dihati,
Bukan putus asa,
menunggu saat untuk mati!
Pada mereka yang mengeti,
intisari sajak ku ini,
Istimewa buat dia Pemimpinku Mithali,
Aku akan terus berbakti,
Dalam apa pun rintangan,
Hingga keakhir hayat nanti,
Kerana ini sumpah dan janji,
Memegang amanah ilahi....
Aku bukan boneka,
Bukan petualang bangsa sendiri,
Kita mesti berani,
Menegak keadilan yang hakiki,
Yang pasti,yang jahanam akan mendapat
balasan ilahi.......
selamat tinggal Kedah Darul Aman.....
Segala dalam memori!!!........
Hasil Nukilan Matron Mariyani bt Ahmad.
Terima kasih kepada semua yang tutrut sama-sama menjayakan program ini terutama sekali AJk PPKK,Metron Mariani,Puan Hamisah En Bakar(Jav),En Sharizan serta pengunjung-pengunjung PPKK Alor Setar beserta dengan keluarga.





